Apabila kita mendapat sakit dan berjumpa dengan doktor pasti doktor akan memberikan salah satu ubat untuk memulihkan sakit kita tu adalah antibiotik.
Jika kita telah biasa berjumpa dengan doktor pasti kita juga akan meminta doktor untuk memberikan antibiotik bagi memulihkan sakit kita itu.
Ramai diantara kita yang tahu bahawa antibiotik mempunyai kebaikan untuk mempercepatkan proses pemulihan dari sakit tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa antibiotik juga mempunyai keburukannya.
Antibiotik adalah sejenis kulat yang boleh membunuh pelbagai jenis bakteria punca kita mendapat sakit. Kulat ini dikenali sebagai “penicilin”.
Anda perlu faham bahawa kulat ini membunuh bakteria dan bukan virus. Penyakit yang berpunca dari virus kebiasaannya akan hilang secara sendiri selepas 7-14 hari tanpa pengambilan antibiotik.
Penyakit yang berpunca dari virus dan biasa menyerang kita adalah batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus.
Penyakit virus yang dimaksudkan oleh TPK adalah denggi. Penyakit denggi ini tidak boleh diubati tetapi boleh pulih dengan sendirinya selepas 10 hari. Walaubagaimanapun, rawatan lain perlu dilakukan seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet darah.
Berhati-hati Mengambil Antibiotik :)
1.Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan yang berpunca dari antibiotik ini boleh mengakibatkan timbul ruam di seluruh badan atau kulit melecur atau sesak nafas.
Pastikan anda yang mempunyai alahan ini memberitahu pada doktor yang anda mempunyai alahan pada antibiotik. Ianya boleh membantu dari anda mendapat penyakit lain yang berpunca dari antibiotik.
2. Kesan Sampingan Kecil Pengambilan antibiotik boleh menyebabkan anda mendapat kesan sampingan kecil lain seperti pening, loya, muntah-muntah dan cirit-birit.
3.Nuklear
Antibiaotik adalah sebagai bom nuklear di mana apabila kita mengambil antibitotik ianya akan membunuh bakteria jahat dan dalam masa yang sama ianya juga akan membunuh bakteria baik yang terdapat di dalam badan kita.
Bukan semua bakteria yang terdapat di dalam badan kita ini jahat dan memudaratkan tetapi terdapat bakteria yang membantu dalam pertumbuhan kita.
Antibiotik tidak akan berkesan sekiranya diambil secara sewenang-wenangnya tanpa kawalan. Bakteria punca kepada penyakit akan membina mutasi baru dan antibiotik yang diambil tidak akan memberi kesan yang baik.
Semoga perkongsian ini memberi anda sedikit maklumat yang berguna yang boleh anda gunakan.

Comments
Post a Comment