Sebelum saya meneruskan tentang kepentingan mematuhi papan
tanda jalan raya, izinkan saya untuk memberikan maksud apakah ‘Kepentingan
Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya’. Dalam Kamus Dewan Bahasa, maksud kepentingan
ialah faedah ataupun manfaat. Erti bagi mematuhi pula ialah menurut dan
mentaati. Manakala, makna bagi papan tanda jalan raya ialah papan yang
digunakan untuk memaparkan simbol dan maklumat tentang sesuatu jalan raya
seperti peraturan jalan raya untuk memperlahankan kenderaan dan lain-lain.
Sejak
akhir-akhir ini,kita sering kali mendengar tentang kemalangan-kemalangan jalan
raya, tajuk-tajuk berita seperti di atas sering dipaparkan dalam media massa
sama ada media cetak atau media elektronik. Fenomena ini kian kritikal dan
menggusarkan fikiran masyarakat.Pemandu hendaklah sentiasa mematuhi tanda-tanda isyarat dan
peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan untuk mempastikan keselamatan
terjamin.Semua pemandu hendaklah sentiasa mematuhi tanda-tanda isyarat dan
peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan untuk mempastikan keselamatan
terjamin. Oleh itu amat penting untuk mempelajari, mengetahui dan memahami makna
setiap tanda-tanda isyarat lalu lintas yang digunakan dijalan raya.
.Antara contoh papan tanda di jalan raya ialah
- untuk mengelakkan kemalangan
- untuk mengurangkan bilangan kes kemalangan
- urusan pengguna dapat berjalan dengan lancar
- meningkatkan keselesaan pengguna jalan raya
- mengurangkan kos perbelanjaan untuk membaiki infrastruktur yang rosak akibat kemalangan jalan raya
Cara atau langkah-langkahnyaaa
- berjalan di lorong pejalan kaki yang betul
- sebelum melintas pastikan lihat kekiri dan kekanan dua atau tiga kali
- jangan bermain-main di jalan raya
- sentiasa mematuhi papan tanda yang disediakan
- memberi isyarat atau "signal" sebelum memotong
- jika menunggang basikal pastikan anda berada di lorong yang betul
- merancang perjalanan
kesannyaaa
Peratus
kes kemalangan ini terus meningkat dari setahun ke setahun,terutamanya pada
musim perayaan.Senario yang menggemparkan ini tidak boleh dibiar berterusan dan
mesti ditangani dengan secepat mungkin. Hukuman berat mesti dikenakan terhadap
sesiapa yang berani melanggar peraturan di jalan raya. Bak kata peribahasa,
"
setinggi-tinggi terbangnya bangau, akhirnya pasti jatuh ke
tanah’’
- Kehilangan nyawa
- .Kecederaan parah
- mendapat saman
Faedahhh
- mengurangkan bilangan kes kemalangan di jalan raya
- melatih diri agar lebih berdisiplin ketika berada di jalan raya
- menjadi contoh kepada generasi yang akan datang
Setakat ini sahaja
coretan saya tentang kepentingan papan tanda jalan raya. Akhir Kalam sebagai Kesimpulannya,
keselamatan di atas jalan raya merupakan tanggungjawab pengguna jalan raya
sendiri. Kecuaian merupakan punca utama kemalangan berlaku dan hal ini tidak
harus dibiarkan berterusan untuk menjamin keselamatan semua pihak. Manusia memang
tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan tetapi kesilapan yang dapat
menyebabkan nyawa orang lain juga turut melayang haruslah dielakkan demi
kesejahteraan bersama.Saya tinggalkan serangkap pantun::
Jalan-jalan ke pasar raya,
Hendak membeli buah rambutan
Berhati-hati di jalan raya
Jangan lupa jaga keselamatan.

.jpg)

hm kreatif la sangat
ReplyDelete